mari ikut saya..

Friday, December 17, 2010

berat ke??

berat ke??
||
||
||
||
||
||
||
||
||
||
||
||
\\//
mula menimbang



dan ini jawapannye....



51 kg..
berat ke???












Jom Join Contest Tiqaa Wonderland !

Jom Join Contest Tiqaa Wonderland !

TQ for tag cik feruz, macam nak try jer contest ni
sekadar suka-suke jer...

tuan pnyer contest ni sya da follow u 
hrap2 reply follow me back okey :)
x pkse pon..hehehehe


ni dia tuan punye contest spe2 nak join click jer kat gmbar ni okey ;)




yang ni saya masukan gambar terburuk saya
ni semua cik azza pnyer kje...
tu dia gambar candid dari saya..

oleh kerana saya tamak saya mau join
satu lagi contest cik tiqa ni
iaitu senyuman kegembiraan

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
\\//
so ni gambarnyer...senyuman kegembiraan

gmbar ni diambik masa g melawat floria ptrajaya...

okey cik tiqa saye da join the contest ini...
x harapkan apa2 
klau menang pun xpe...
heheheheh


chow!!

saya tag 

cik aza
cik reena
http://celotehbersamatiqaa.blogspot.com/2010/12/jom-join-contest-tiqaa-wonderland-d.htmlhttp://celotehbersamatiqaa.blogspot.com/2010/12/jom-join-contest-tiqaa-wonderland-d.html

sape nak kurus????

persoalannya???
adakah aku gemok???
adakah??

hahahaha lawak jer kan but
benda ni kena kongsi jugakan
khasiat terung untuk menguruskan badan..

sebenarnya terung adalah favourite 
sayuran aku 
lagi2 masak sambal memang tak berhenti lar aku makan..
masak bercili jer aku boleh terima yang lain 
maaf lar, ok lar tak mau bercerita panjang aku nak bagitau ni tentang khasiat terung...




1. kaya dengan sumber kalori

2.meningkatkan tenaga 

3. mempunyai protein yang tinggi

4.tidak mempunyai kolesterol atau lemak

5. vitamin (A, B1, B2, B6, dan C)  dan kandungan air 92,5 ml.

6.ubat penyakit tulang,sakit pinggang, demam campak

7. mengendalikan stress

&

pelbagai lagi

yang ni paling saya suker...

best..




Tuesday, December 14, 2010

Jepun time...

sarapan untuk hari ini...
macam zaman jepon jer...


ubi



+




sambal tumis yang terbaek 
dari ladang...



=


x henti-henti makan dibuatnya...


|
|
|
|
|
\/



Ni cerita semalam..
masakan aku lak kan...


sayor goreng2 jer


+



udang pun goreng2 sambal jer 

=

anak buah aku kte sdap...
hahahaha




note:masakan yang tak seberapa dan perlu tingkat usaha lagi


ISLAM is No 1!!

korang pernah rasa tak nak berubah jadi baik??
bukan nak kata selama ni semuanya jahat,
maksudnya berubah menjadi lebih baik dari yang lepas-lepas

semua orang mesti nak berubah kan..
tapi bila??
kerana apa??
untuk apa??
bagaimana??

solat pun lintang pukang nak berubah macamanakan..??
susah nak berubah kalau bukan dari hati yag ikhlas kan??


untuk entry kali ni aku nak kongsi benda ni untuk kawan2 aku...


Sabda nabi s.a.w
"يا أيها الناس، توبوا إلى الله، فإني أتوب في اليوم إليه مائة مرة 

Maksudnya
“Wahai manusia ! bertaubatlah kepada Allah s.w.t, sesungguhnya aku bertaubat kepada Allah 100 kali sehari”. (riwayat Muslim)
Maka taubat adalah wajib bagi setiap muslim.

Firman Allah s.w.t : an-Nur :31
"dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya”.
Firman Allah s.w.t : at-Tahrim :8
“Wahai orang-orang Yang beriman! bertaubatlah kamu kepada Allah Dengan " taubat Nasuha", Mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke Dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai,”.

Semua manusia tidak lepas dari melakukan kesalahan dan tidak boleh merasakan dirinya selamat daripada melakukan dosa kepada Allah s.w.t.

Sabda nabi s.a.w
"كل بني آدم خطاء"

Maksudnya;
“ setiap anak Adam melakukan kesalahan”. (riwayat at-Tirmizi dan Ibnu Majjah)

Walaubagaimanapun tidak ada masalah kalau manusia melakukan kesalahan, sebab memang manusia tidak lepas dari melakukan kesalahan, tapi yang jadi masalah kalau manusia berterusan melakukan kesalahan.

Firman Allah s.w.t : ali-Imran :135
“dan juga orang-orang Yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada Yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji Yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya)”.

Sesungguhnya Adam a.s. melakukan kesalahan dan lalai tetapi segera bertaubat kepada Allah s.w.t, sebagaimana doa nabi Adam dirakamkan dalam al-Quran dalam surah al-A’raf :23

“mereka berdua merayu: "Wahai Tuhan kami, Kami telah menganiaya diri Kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan Kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah Kami dari orang-orang Yang rugi".

Dan al-Baqarah :37
“kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah (kata-kata pengakuan taubat Yang diamalkannya), lalu Allah menerima taubatnya; Sesungguhnya Allah, Dia lah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani”.

Manusia melakukan kesalahan dan tergelincir ke lembah maksiat tapi dia mampu membersihkan diri dengan taubat. Taubat adalah penghapus dosa yang dianugerahkan oleh Allah kepada manusia untuk membasuh dan menyucikan dosa dan maksiat.

Firman Allah s.w.t :al-Baqarah :222
“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang Yang sentiasa mensucikan diri”.

Sabda nabi s.a.w
"التائب من الذنب كمن لا ذنب له"

Maksudnya;
“ Orang yang sentiasa bertaubat, seolah-olah tidak ada dosa baginya”.
(riwayat Ibnu Majjah, at-Tobrani dan al-Baihaqi)

Tapi apa makna taubat?

Taubat bukan sekadar ucapan lidah, sebagaimana yang sering kita sebut “Aku kembali bertaubat kepada Allah, aku kembali kepada Allah dan aku menyesal dengan apa yang aku lakukan”. Ini tidak dinamakan taubat.

Taubat yang sebenarnya merangkumi beberapa perkara;

1) Menyesal kerana melakukan dosa
Rasa bersalah dengan dosa yang telah dilakukan, rasa bumi ini sempit, rasa tidak ada jalan keluar lagi kecuali kembali kepada Allah s.w.t.

2) Berazam tidak akan melakukan dosa itu lagi
Berazam dengan ikhlas untuk memperbaiki diri dan tidak akan mengulangi kesalahan yang sama lagi,berazam untuk melakukan ketaatan kepada Allah dan tidak akan melakukan maksiat dan tidak akan kembali melakukannya sebagaimana susu tidak kembali lagi ke tempat keluarnya.

3) Melakukan amal soleh
Dengan cara menggantikan perbuatan buruk dengan perbuatan yang baik, kata-kata dusta kepada benar, suasana yang buruk kepada suasana yang baik dan sebagainya. Inilah yang perlu dilakukan kerana al-Quran mensyaratkan selepas taubat ialah iman dan amal soleh.

Firman Allah s.w.t:Maryam :60
“kecuali orang-orang Yang bertaubat dan beriman serta beramal soleh, maka mereka itu akan masuk syurga, dan mereka pula tidak dikurangkan pahala sedikitpun”.

Allah mengiringkan taubat dengan iman, kerana maksiat lebih- lebih lagi dosa besar boleh menghalau iman keluar dari hati.

Sabda nabi s.aw

لا يزنى الزاني حين يزني وهو مؤمن، ولا يشرب الخمر حين يشربها وهو مؤمن، ولا يسرق السارق حين يسرق وهو مؤمن

Maksudnya;
“ tidak akan berzina seseorang itu kalau dia ada iman, tidak akan minum arak seseorang itu kalau dia ada iman dan tidak akan mencuri seseorang itu kalau dia ada iman”.

Maksiat zina, minum arak dan mencuri menghalau iman keluar dari hati seorang manusia. Oleh itu mesti memperbaharui iman dengan taubat dan melakukan amalan soleh, inilah resepi taubat.

Penghalang taubat

Apakah yang menghalang manusia bertaubat? Apakah yang melambatkan manusia bertaubat, perkara ini perlu diberi perhatian oleh seorang muslim supaya taubatnya tidak terhalang dan dilambatkan.

Antara penghalang taubat ialah

1) Panjang angan-angan
Manusia merasakan dirinya masih muda dan masih kuat dan menyangka umurnya masih panjang maka dia menunggu umur pencen untuk bertaubat.

2) Meremehkan maksiat
Meremehkan maksiat, menganggap dosa itu kecil, menyangka itu perkara biasa sahaja, semua ini tidak perlu ada pada seorang mukmin.

Sabda nabi s.a.w;
"المؤمن يري ذنبه كالجبل، يخاف أن يقع عليه، والمنافق يري ذنبه كذباب وقع على أنفه فقال هكذا وهكذا

Maksudnya;
“ Seorang mukmin melihat dosa itu seperti gunung yang akan menghempapnya, seorang munafik melihat dosa hanya seperti seekor lalat yang bermain-main di hidungnya dan menghalaunya begitu sahaja.
(riwayat Bukhari, Ahmad dan at-Tirmizi)

Satu kisah untuk renungan, “Seorang hamba Allah yang soleh sakit tenat, sahabatnya datang menziarahinya dan orang soleh ini menangis, sahabatnya bertanya; “kenapa kamu menangis? Sedangkan kamu tak pernah melakukan dosa besar dan tak pernah meninggalkan suruhan Allah? Maka jawab hamba soleh ini, “ aku menangis bukan kerana itu, tapi aku menangis kerana aku takut kalau aku melakukan dosa dan aku menyangka ia kecil sahaja tapi sebenarnya di sisi Allah adalah besar”.

Kata ulama salaf
“ janganlah kamu melihat kepada kecilnya maksiat yang dilakukan, tapi lihatlah kepada besarnya zat yang kamu melakukan maksiat kepadanya”. Yakni Allah s.w.t.

3) Bertawakkal kepada pengampunan Allah
Manusia yang melakukan dosa kemudian bertawakkal kepada pengampunan Allah, seperti katanya; “tak apalah lakukan dosa, Allah kan maha pengampun dan penyayang,rahmat Allah kan luas?” dan macam-macam lagi. Ingat jangan kita tertipu dengan syaitan, jangan kita hanya melihat kepada keampunan Allah semata-mata, tapi lihat juga kepada azab Allah yang sangat pedih, memang rahmat Allah itu luas, tapi untuk siapa?untuk orang yang bertaqwa, untuk orang yang melakukan kebaikan.

Firman Allah s.w.t: al-A’raf :156
"Dan Tetapkanlah untuk Kami kebaikan Dalam dunia ini dan juga di akhirat, Sesungguhnya Kami kembali (bertaubat) kepadamu". Allah berfirman: "AzabKu akan Aku timpakan kepada sesiapa Yang Aku kehendaki, dan rahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu; maka Aku akan menentukannya bagi orang-orang Yang bertaqwa, dan Yang memberi zakat, serta orang-orang Yang beriman kepada ayat-ayat kami.

Firman Allah s.w.t: al-A’raf :56
“dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan Segala Yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadanya Dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga Dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang Yang memperbaiki amalannya”.

Akhir sekali orang mukmin perlu berada antara harap rahmat Allah dan takut azab Allah.

Firman Allah s.w.t:az-Zumar :9
“Engkaukah Yang lebih baik) atau orang Yang taat mengerjakan Ibadat pada waktu malam Dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya?

Firman Allah s.w.t: al-Isra’ :57
“orang-orang Yang mereka seru itu, masing-masing mencari jalan mendampingkan diri kepada Tuhannya (dengan berbuat ibadat), sekali pun orang Yang lebih dekat kepada Tuhannya, serta mereka pula mengharapkan rahmatNya dan gerun takut akan azabNya; Sesungguhnya azab Tuhanmu itu, adalah (perkara Yang semestinya) ditakuti”.

Marilah sama-sama kita menyegerakan taubat dan memperbaiki kesalahan kita, dan mudah-mudahan Allah s.w.t menerima taubat kita sebagai taubat yang nasuha.

Mudah mudahan dapat manfaat


Peringatan bagi yang lalai

note:bertaubat lah sebelum terlambat,mana tau esok atau lima minit jap lagi kita mati da x sempat nak uat amal da tak boleh nak menyesal, peringatan ini untuk aku juga

Best friend korang...

Tiba-tiba nak cerita pasal kawan karib atau dikenali sebagai 'bestfriend'
dulu masa sekolah dari sekolah tadika ke sekolah rendah dan terus ke sekolah menengah 
masa belajar kat politeknik pun aku
penye best friend semua lain-lain bertukar-tukar tak tetap langsung

tapi ada seorang teman aku ni yang setia dari
sekolah rendah sampai sekarang kot, tapi sekarang
da jarang contact sebab dia da nak khwin kan dan kami duduk pun jauh
nama dia Nadia

masa tadika dulu aku punya kawan baik x berapa nak ingat kot..
masuk darjah satu kawan aku nadia nama dia selaku jiran belakang umah masa kat kampung dulu,
tu masa darjah 1 dan 2,
kedua aku masuk darjah 3 dan 4 kawan baik aku bertukar iaitu azian nama dia entah kemane
dia menghilang agaknya kami selalu berkongsi masalah..lastly aku jumpe dia masa
majlis kahwin saudara aku kat Johor lepas tu menghilang entah kemana

masuk darjah 5 dan 6 kawan aku Rabiatul Adawiyah nama dia 
kita orang selalu main sama2, aku selalu datang umah dia main kat kebun belakang umah dia,
tangkap ikan puyu best time tu..mak dia selalu marah kita orang ponteng sekolah agama..
tapi sekarang dia da kahwin da ada anak pun..

masuk sekolah menengah, kawan aku bertukar lagi masa form 2 Rabiatul kenalkan aku dengan 
member baik dia iaitu Nurul Asyikin, lastly kita orang jadi member baik giler sampai 
lar satu tregedi berlaku yang tidak disangka-sangkakan..
selepas itu kawan aku yang bernama Mira muncul memberikan support kepada aku,
dia ni sensitif yang amat,mudah terasa buat aku suka kacau dia, pandai pujuk lak kan..best friend aku jugak

aku bertahan gan ekin lama jugak sampai form 4 dan bila kami bertukar kelas jer dia jadi lain
urm perkara da lama lepas kan x perlu diungkit lagi
tapi kami berbaik semula sampai sekarang kami still kawan lagi macam dulu
dia da kerja sekarang da ada kereta sendiri jeles plak aku gab dia 
but rezeki masing2 kan..

dan terakhir kawan baik aku kat dalam poli sangat ramai,
diantaranya kak rozy,aza,yart,kila,teha, dan semua budak2 kelas DIP B dan juga DIP A..



note: berkawan biar sejuta berkasih biar satu,hargai persahabatan dan jaga ianya dengan sebaik mungkin....



tu jer lar aku nak cerita untuk entry kali ni
mungkin tak best bagi korang tapi bagi aku tu semua kenangan 
yang buat aku belajar macamne nak jaga pesahabatan

Sunday, December 12, 2010

azad jazmin - suara rindu

Suatu yang indah
Ceritanya bermula semalam
Andainya dapat ku rasa selamanya
Tetapi ku takut tidak mungkin dapat kumiliki
Walaupun kau hadir hanya dalam mimpi


Ku teruskan hidup
Hari demi hari pun berlalu
Seksa dan derita ku tanggung sendiri


Apa yang tinggal hanyalah
doaku padamu Tuhan
Pasrahku hanya kamu yang menentukan


Pun.... tak pernah ku sesalkan
Kecewa datang dan pergi
Tinggalku sendiri


Ditakdirkan aku syukur selalu
Sesungguhnya aku tahu
Temanku hanyalah aku


Semoga suatu hari nanti
Dapat ku temui
Penawar dukaku yang berdarah duka
Pabila bertemu pasti aku suarakan rindu
Laguku untukmu buat selamanya


note: sejak 2 menjak ni lagu ni jer lar aku selalu dengar..jiwangkan??


family gathering '-'

Hari ni akak aku dan keluarga ade buat makan2 skit...ala kdar jer tpi jenuh nak menghabiskan makanan yang terlalu banyak...

ramai family yang datang !
ikan bakar



tiba2 si kitty menghilangkan diri
mungkin malu kot...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...