mari ikut saya..

Saturday, January 22, 2011

Aku seorang Blogger..

okey di malam yang dingin yang agak
suam-suam jugak lar sebab satu hari kepanasan disini
kat sini zai nak luahkan jer sedikit yang terbuku dihati pasal blogger

da bnyak kan orang-orang buat blog untuk kepantingan orang lain dan 
juga diri sendiri, bagi zai blog yang zai bukak ni hanya lah sekadar ingin
berkongsi mengenai hidup zai yang banyak dugaan dalam mendapatkan 
hidup yang bahagia nih..

oleh kerana zai berminat untuk mengarang cerita zai sertakan sedikit
luahan melalui cerita yang zai sampaikan secara berepisod...
kadang-kadang cerita yang zai karang nih ada sedikit kena mengena dengan hidup zai

dalam blog ni jugak zai selitkan video2 kegemaran zai dan sebagainya
sebagai bloger zai selalu nak kan terbaik dalam penulisan blog zai
terlalu banyak kelemahan dalam ber"blogging" ni
sekadar satu hiburan bukan untuk peperangan gan kawan2 ok...




Wednesday, January 19, 2011

Tak Mahu Macam Hani



semua mesti akan tanya balik kan nape tajuk ni 
menjadi rntry petan ni, sebenarnya zai tengok cerita Hani semalam
sangan menyentuh hati, uat zai mahu mengeluarkan air mati..
mungkin ramai yang tengok cerita ni juga confirm yang tangkap leleh mesti 
da basah pipi kan...

okey kembali kepada tajuk, Hani dalam cerita ni mengidap barah otak yang
sudah tahap kritikal dan baru sahaja dapat dikesan kerana
sikap keluarga yang mengganggap pening yang Hani alami adalah pening biasa
dan pada suatu hari Hani pengsan dan dibawa ke hospital oleh ibunya,
Hani terpaksa menjalani pebedahan secepat mungkin jika tidak ia akan mengancam nyawanya
dan apabila menjalani pebedahan dia juga akan menjadi buta...takutkan kalau jadi kat diri kita..
nak tahu cerita selanutnya sila lar tengok k kar tv3 kul 9 mlm hari selasa..

okey tentang Hani da selesai cuma zai tak mahu jadi macam hani
sakit sikit2 lama2 disimpan jadi teruk macam tu sekali
sekarang nak cerita tentang sejarah hidup zai pulak
dulu zai masa kecik-kecik selalu sakit, kalau demam melarat-larat
sampai arwah mak n ayah tak tahan nak jaga zai masa sakit,
tapi tu dulu, dan sekarang pun semakin berkurangan tetapi zai dikejutkan 
masa buat medical check up untuk masuk poli tiga tahun yang lepas..

pada mulanya zai buat MC tu kat klinik swasta, masa buat X-ray 
dktor kata dua tiga hari datang balik untuk ambik keputusan MC ni,
dan zai wakilkan anak sedara zai untuk datang ambik result tu but doktor nak zai sendiri datang ambik
macam ada tak kena kan zai da mula pikir yang bukan-bukan
doktar cakap zai ada penyakit berkaitan paru2 dan ada sikit terkena kat jantung
masa tu peh!! tuhan jer yang tahu dalam hati cuma boleh cakap "da nak mati ke aku ni"
rasa sebak pun ada, tpi zai kuatkan akak kat sebelah masa tu
dengar penerangan doktor, n suruh pergi check kat hospital pakar
zai ada sejarah penyakit masa sekolah menengah,
zai kena sakit paru-paru berair, dada selalu lemah dan
menyebabkan demam yang panjang,
bila check kat hospital (masa tu kat mersing) doktor kata tak ada apa-apa
penyakit pun so balik macam biasa tapi bila buat medical check up macam ni
ada pulak penyakit lain.



dan zai pergi hospital pakar, isi borang buat check up sekali lagi,
cucuk sana cucuk sini, akak tengok pun leh tanye sakit ke??..
zai leh gelengkan kepala jer, buat test darah, buat test urin,
uat test kahak, n then bila jumpa doktor kata kena buat CS(ct scan)
sebab belum nampak yang zai sakit apa kurang jelas, so buat temu janji kat HKL
tau2 jer lar hospital kerajaan jenuh nak menunggu,
so tunggu dengan debaran, time tu da masuk poli tapi mintak cuti sbb nak uat bnda ni,
time nak masuk bilik CS tu kena masukkan obat dulu kena cucuk lagi lar,
sebelum nama dipanggil ada mak cik ni kena dulu, mungkin sebab dia da tua
so terjerit-jerit bila nurse nak cucuk n cari nadi dia, zai rasa seram time tu
bila tiba giliran zai dengan slumber zai tengok nurse tu cucuk tangan zai, boleh tahan lar sakit dia
nasib kuat kalau tak da jerit da kot...

bila da dapat keputusan doktor cakap keadaan paru-paru
zai lain sikit daripada orang lain, dia kata mungkin keturunan
atau kesan sakit masa kecik2 dulu, zai tarik nafas lega tapi dia suruh datang lagi
untuk tengok dalam tempoh dua bulan
tapi zai tak pergi...sebab zai rasa zai sihat jer..

nota: kalau korang rasa sakit yang berpanjangan baik cepat-cepat g hospital



Tuesday, January 18, 2011

susahkan??

di petang yang berbahagia ni, zai nak cerita sikit tentang nak tentukan masa depan...

bila pikir nak pecah kepala dibuatnya,urmm..
sama ada untuk ke jalan kebahagian atau kesensaraan...??
mana satu ye tentulah ramai akan pilih kebahagianan kan?
macam tu jugak zai, zai nak bahagia sampai akhir hayat,
kalau boleh tak mahu ada masalah pun
tapi sekarang pun masalah lebih banyak dari benda-benda lain...bikin tension saje!!

tolong lar tunjukan jalan untuk pergi ke arah kebahagian bukan macam hidup sekarang..
zai cuba zai usaha tapi zai sorang tak mampu nak buat semuanya untuk 
kesenangan hidup sendiri..
tapi zai kuat kan jugak
lama-lama zai sorang jugak kan?? hidup berdikari zai mampu okeY!!

selama zai hidup dah banyak menyusakan orang 
dari kecik sampai sekarang tau nak menyusakan orang jer..
kenape ek?? mungkin nak kan perhatian??? or benda lain...
but hati zai selalu merintih menangis sorang-sorang bila masalah datang..
nak tak nak zai kena tempuh juga, zai kena kuat!zai kena berusaha sendiri tanpa 
bantuan orang lain...

sekarang da umur 22 tahun..
bila sambung belajar mungkin dalam 4 tahun paling lama
sekarang ada 9bulan untuk tunggu masuk IPTA
dalam masa 9 bulan zai boleh keje 8 bulan untuk isi masa terluang
tapi keje apa?kat mana?boleh ke zai keje??
itu yang membuatkan dalam dilema arggghhhh!!!
ramai yang nak tolong tapi kenapa hati rasa berat jer, oh tidak mungkin kerana malas ok!!
zai kalau boleh nak keje cari harta tapi persoalannya yang diatas tu...

kalau boleh zai nak berhijrah jauh sikit dari kl..
mungkin JB tempatnya,tapi ramai yang akan pikir lain kan...
ramai mungkin pikir zai keje kat JB sebab Dia??
sebab nak dekat dengan Dia..

but bukan itu sebabnya,zai da nak masuk 5 tahun dduk dengan
keluarga akak, niat hati kalau boleh zai nak cepat-cepat
pilih hidup sendiri tak mahu menyusakan keluarga akak lagi tapi 
zai kena cuba baru ada hasilnya, lagipun kat JB zai banyak sedara, dan 
memudahkan zai untuk balik kekampung untuk menguruskan hal 
Arwah Mak zai...

ok lar tak mahu cerita yang lebih-lebih mungkin pasti ramai
akan pikir lain nanti, zai cuba dan terus mencuba okey...
doakan segala urusan berjalan lancar dan tentukan kebahagian hidup
sendir selagi termampu...amin!!


nota: air mata tak tertahan lagi bila pikir soal ni


Sunday, January 16, 2011

Khurafat

13/01/2011...tarikh dimana sebuah filem ditanyangkan
aku dan kak dayah g serbu wayang...
kitaorang g tengok cerita kat bawah nih!!

banner
( teringat masa uat tugasan Adobe Illustrator kena buat banner)


huhuhu sangat menyeramkan, baru aku nak perlekehkan hasil mamat ni
yang asyik buat cerika pasal lumba haram jer, sekali tukar ar sikit

arahan beliau
Syamsul Yusof


tapi tahniah lar hasil pertama membuat
filem seram yang agak seram jugak lar..
zai suka tengok cerita hantu, tu sebab zai nak sangat pergi tengok
cerita ni. kebetulan kak dayah pun ajak so kita orang on jer..
cuma boleh cakap zai tak suka menjerit bila tengok cerita hantu,
dan zai tak akan tutup mata tapi cerita ni
buat zai sebaliknya...~~seram beb~~

hari khamis filem ni ditayangkan,
kat Time squre juga tempat kami menengoknye..
dengar cerite mamat ni g kat Mid Velley pada hari yang sama
untuk promosi filem ni lar
baru nak bagitau dia yang filem nih best...

okeylar cerita banyak pun tak guna sebab 
korang kena pergi tengok baru masyuk kan...
kat bawah nih ada part2 filem tersebut...





part ni rasa lain jer dalam hati...





mereka suami isteri





part nih sure korang jerit lar..





part nih xde dalam filem..
hehehehe


nota : zai bukan nak perlekehkan filem Malaysia okey, cuma makin hari makin urmmm jer...tapi tidak apa
masa banyak lagi kan....semoga filem kita maju setaraf filem luar negara..amin..



SAHABAT VS CINTA (Ep1)




Sahabat VS Cinta 

kisah ini adalah sebuah kisah tentang seorang gadis yang sangat cantik dan baik hati serta seorang tegas. Gadis ini adalah anak bongsu daripada tiga orang adik beradik dan adik beradik beliau semuanya lelaki. Ibu bapanya sangat sayang akan gadis ini sejak gadis ini di dalam kandungan ibunya sehingga gadis ini dilahirkan, begitu juga dengan adik beradik yang lain pendek kata keluarga gadis ini sangat bahagia..

Gadis ini diberi nama Dania Nurdanisya oleh ibu dan ayahnya, dalam ahli keluarga gadis ini dipanggis Nia tetapi dalam pergaulan bersama rakan-rakan beliau lebih dikenali sebagai Nisya. Dania Nurdanisya yang bermaksud Hampir cahaya kebijaksanaan membawa erti yang sangat mendalam dalam hidup gadis ini. Dania adalah sesuatu cahaya yang sangat menyerlah dalam keluarga ini, selain kedua-dua abangnya.

Abang sulung Dania ialah Farid yang bekerja sebagai pensyarah di salah sebuah IPTA di Malaysia, berumur 26 tahun dan sudah berumahtangga dengan seorang perempuan yang sebaya dengannya, manakala abang kedua Dania iaitu Firdaus berumur 22 tahun pula masih menuntut di salah sebuah Universiti terkenal diluar Negara. Dania pula baru berumur 17 tahun dan masih bersekolah di Sekolah Menengah yang hampir dengan rumahnya. Walaupun jarak umur mereka sangat berbeza namun hubungan mereka sangant rapat.

Ibu Dania adalah seorang suri rumah tangga sepenuh masa, manakala Ayahnya pula adalah Guru besar di sekolah rendah tempat Dania mula-mula menjejak kakinya di alam persekolahan. Ibu dan ayahnya sudah hampir 35 tahun bersama dan masih sayang-menyanyangi antara satu sama lain dan ini punca kebahagian keluarga mereka. 

Dania mempunyai ramai kenalan rapat dalam sekolahnya, ini tidak perlu dinafikan lagi, oleh kerana mulut Dania sentisa bercakap menjadikan beliau sentiasa disenangi oleh ramai orang termasuk lah guru-guru disekolah itu. Ramai guru mengenali Dania, Dania juga mempunyai ramai peminat kerana dia adalah gadis yang sangat cantik serta sangat aktif dalam apa bidang di dalam sekolahnya. Pendek kata Dania sangat terkenal di Sekolahnya itu.

Dania mempunyai seorang sahabat karib iaitu Auni, apa-apa sahaja masalah yang Dania atau Auni hadapi mereka saling tolong-menolong menyelesaikan masalah tersebut dan mereka telah berjanji untuk pertahankan persahabatan mereka sampai ke akhir hayat. Mereka menjadi rapat sejak dari sekolah rendah lagi. Rumah Auni juga tidak jauh dari rumah Dania. Selain Auni, Dania mempunyai teman rapat kedua iaitu Amir Asyraf. Dania dan Asraf adalah sahabat Dania sejak tingkatan 1 lagi, Asyraf yang gemar menyakat Dania bila mereka berjumpa menyebabakan mereka lebih rapat, tetapi di dalam diam-diam Asyraf menyimpan satu perasaan cinta terhadap Dania tetapi beliau lebih gemar pendam perasaan tersebut daripada berterus terang. Asyraf bersikap begitu kerana mereka bertiga telah berjanji untuk menjadi sahabat sampai ke akhir hayat. 

Tahun ini Dania, Auni dan Asyraf akan menduduki peperiksaan SPM, mereka saling bekerjasama dalam mengulangkaji pelajaran. Hampir setiap masa mereka akan bertemu di Perpustakaan untuk mengulangkaji pelajaran. Di dalam sekolah mereka, tiga pelajar ini sering menjadi pelajar contoh dalam sekolah mereka. Paling menyerlah ialah Asyraf selaku ketua pengawas sekolah sejak tingkatan 3 lagi. tetapi mereka sedikit pun tidak berbangga dan sombong diatas kelebihan yang mereka ada. 

Tinggal lebih kurang dua minggu lagi mereka akan menjalani peperiksaan. Masing-masing berdebar-debar menantikan hari tersebut. "Auni diam tak diam lagi dua minggu kita da nak SPM kan??makin dekat makin seriau lar jantung aku ni" luah Dania sambil menggosok-gosok dadanya. " ye tak ye jugak kan, ala tak kan takut kot, ko kan budak pandai mesti boleh jawab punya kan??" Jawab Auni selamber. "itu aku tak pasti sama ada aku boleh jawab atau tidak ko tengok je lar keputusan percubaan aku tu, macam tak de harapan je nak lepas semua A".Walaupun mereka adalah dikalagan pelajar pintar disekolah namun kurang keyakinan sering menjadi masalah mereka." Tu baru percubaan belum yang sebenar, aku yakin kita boleh buat kan, apa yang penting capai target untuk dapatkan semua A okey!!". Auni memujuk Dania untuk kuat kan semangat.

Mereka bangun dan melangkah ke pintu pagar sekolah untuk pulang kerumah, oleh kerana rumah mereka tidak jauh dari sekolah maka mereka mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja ketika pergi dan pulang dari sekolah. Sedang mereka berjalan berdua,

Tiba-tiba......


-->bersambung...


cerita ini di hasilkan sendiri oleh tuan punya blog, hanya sekadar suka-suka dan tidak ada kena mengena kepada sesiapa yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...