mari ikut saya..

Sunday, January 16, 2011

SAHABAT VS CINTA (Ep1)




Sahabat VS Cinta 

kisah ini adalah sebuah kisah tentang seorang gadis yang sangat cantik dan baik hati serta seorang tegas. Gadis ini adalah anak bongsu daripada tiga orang adik beradik dan adik beradik beliau semuanya lelaki. Ibu bapanya sangat sayang akan gadis ini sejak gadis ini di dalam kandungan ibunya sehingga gadis ini dilahirkan, begitu juga dengan adik beradik yang lain pendek kata keluarga gadis ini sangat bahagia..

Gadis ini diberi nama Dania Nurdanisya oleh ibu dan ayahnya, dalam ahli keluarga gadis ini dipanggis Nia tetapi dalam pergaulan bersama rakan-rakan beliau lebih dikenali sebagai Nisya. Dania Nurdanisya yang bermaksud Hampir cahaya kebijaksanaan membawa erti yang sangat mendalam dalam hidup gadis ini. Dania adalah sesuatu cahaya yang sangat menyerlah dalam keluarga ini, selain kedua-dua abangnya.

Abang sulung Dania ialah Farid yang bekerja sebagai pensyarah di salah sebuah IPTA di Malaysia, berumur 26 tahun dan sudah berumahtangga dengan seorang perempuan yang sebaya dengannya, manakala abang kedua Dania iaitu Firdaus berumur 22 tahun pula masih menuntut di salah sebuah Universiti terkenal diluar Negara. Dania pula baru berumur 17 tahun dan masih bersekolah di Sekolah Menengah yang hampir dengan rumahnya. Walaupun jarak umur mereka sangat berbeza namun hubungan mereka sangant rapat.

Ibu Dania adalah seorang suri rumah tangga sepenuh masa, manakala Ayahnya pula adalah Guru besar di sekolah rendah tempat Dania mula-mula menjejak kakinya di alam persekolahan. Ibu dan ayahnya sudah hampir 35 tahun bersama dan masih sayang-menyanyangi antara satu sama lain dan ini punca kebahagian keluarga mereka. 

Dania mempunyai ramai kenalan rapat dalam sekolahnya, ini tidak perlu dinafikan lagi, oleh kerana mulut Dania sentisa bercakap menjadikan beliau sentiasa disenangi oleh ramai orang termasuk lah guru-guru disekolah itu. Ramai guru mengenali Dania, Dania juga mempunyai ramai peminat kerana dia adalah gadis yang sangat cantik serta sangat aktif dalam apa bidang di dalam sekolahnya. Pendek kata Dania sangat terkenal di Sekolahnya itu.

Dania mempunyai seorang sahabat karib iaitu Auni, apa-apa sahaja masalah yang Dania atau Auni hadapi mereka saling tolong-menolong menyelesaikan masalah tersebut dan mereka telah berjanji untuk pertahankan persahabatan mereka sampai ke akhir hayat. Mereka menjadi rapat sejak dari sekolah rendah lagi. Rumah Auni juga tidak jauh dari rumah Dania. Selain Auni, Dania mempunyai teman rapat kedua iaitu Amir Asyraf. Dania dan Asraf adalah sahabat Dania sejak tingkatan 1 lagi, Asyraf yang gemar menyakat Dania bila mereka berjumpa menyebabakan mereka lebih rapat, tetapi di dalam diam-diam Asyraf menyimpan satu perasaan cinta terhadap Dania tetapi beliau lebih gemar pendam perasaan tersebut daripada berterus terang. Asyraf bersikap begitu kerana mereka bertiga telah berjanji untuk menjadi sahabat sampai ke akhir hayat. 

Tahun ini Dania, Auni dan Asyraf akan menduduki peperiksaan SPM, mereka saling bekerjasama dalam mengulangkaji pelajaran. Hampir setiap masa mereka akan bertemu di Perpustakaan untuk mengulangkaji pelajaran. Di dalam sekolah mereka, tiga pelajar ini sering menjadi pelajar contoh dalam sekolah mereka. Paling menyerlah ialah Asyraf selaku ketua pengawas sekolah sejak tingkatan 3 lagi. tetapi mereka sedikit pun tidak berbangga dan sombong diatas kelebihan yang mereka ada. 

Tinggal lebih kurang dua minggu lagi mereka akan menjalani peperiksaan. Masing-masing berdebar-debar menantikan hari tersebut. "Auni diam tak diam lagi dua minggu kita da nak SPM kan??makin dekat makin seriau lar jantung aku ni" luah Dania sambil menggosok-gosok dadanya. " ye tak ye jugak kan, ala tak kan takut kot, ko kan budak pandai mesti boleh jawab punya kan??" Jawab Auni selamber. "itu aku tak pasti sama ada aku boleh jawab atau tidak ko tengok je lar keputusan percubaan aku tu, macam tak de harapan je nak lepas semua A".Walaupun mereka adalah dikalagan pelajar pintar disekolah namun kurang keyakinan sering menjadi masalah mereka." Tu baru percubaan belum yang sebenar, aku yakin kita boleh buat kan, apa yang penting capai target untuk dapatkan semua A okey!!". Auni memujuk Dania untuk kuat kan semangat.

Mereka bangun dan melangkah ke pintu pagar sekolah untuk pulang kerumah, oleh kerana rumah mereka tidak jauh dari sekolah maka mereka mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja ketika pergi dan pulang dari sekolah. Sedang mereka berjalan berdua,

Tiba-tiba......


-->bersambung...


cerita ini di hasilkan sendiri oleh tuan punya blog, hanya sekadar suka-suka dan tidak ada kena mengena kepada sesiapa yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...