mari ikut saya..

Monday, January 24, 2011

Hargai mereka selagi mereka ada

tinggal lagi sehari sebelum zai nak hijrah ke JB
zai hijrah ke jb dengan tujuan nak keje kumpul duit sementara 
tunggu rezeki masuk U..
dan kat sini zai juga dengan harapan dapat jumpe balik semua sedara mara belah Arwah mak
zai yang banyak tinggalkan kenangan dalam hidup zai
masa zai tnggal kat Mersing, rndu sangat mereka 
sekarang zai jumpa mereka cuma dalam FB jer,
insyallah zai nak jumpa depan mata pulak lepas ni..

mengenai tajuk entry ni zai cuma nak pesan kat semua kawan-kawan zai
yang masih ada ibu dan ayah kat dunia ni
hargai mereka selama mereka ada dan jangan 
jadi macam zai mereka da takde baru nak menyesal
harap korang jangan macam tu selagi mereka ada tunjukan kasih sayang 
pada mereka peluk mereka seerat2 yang boleh, 
cium mereka setiap kali keluar rumah supaya mereka 
dapat rasa yang korang sayang mereka..
okey jangan pernah kasar dengan mereka walaupun
mereka selalu membebel atau marah kat korang..
kadang-kadang kita tak kan nampak sakit hati mereka terhadap kita 
jaga hati mereka selagi mereka masih bernyawa okey!!

kalau dulu mereka lar yang tanggung kita
so sekarang kita pula yang pegang tanggungjawab tu
untuk tanggung mereka pulak okey..

untuk mak ayah zai
zai cuma boleh sedekahkan Al-Fatihah 
semiga roh mereka dicucuri rahmat...amin..
rindu mereka!!

note :( tiba2 air mata deras turun dari kelopak mata, ni lar dia bila menanggung rindu yang tak terhingga -Al Fatihaa)




September...



ok apa pendapat korang pasal 
benda kat atas nih??

bagi zai macam ada betulnya lar dengan
peragai zai ni..
mengkin ada dalam 98% sama dengan peragai zai sekarang
kalau korang nak try boleh click kat bawah ni

\\//


tapi kena ada akaun FB lar...

Saturday, January 22, 2011

Aku seorang Blogger..

okey di malam yang dingin yang agak
suam-suam jugak lar sebab satu hari kepanasan disini
kat sini zai nak luahkan jer sedikit yang terbuku dihati pasal blogger

da bnyak kan orang-orang buat blog untuk kepantingan orang lain dan 
juga diri sendiri, bagi zai blog yang zai bukak ni hanya lah sekadar ingin
berkongsi mengenai hidup zai yang banyak dugaan dalam mendapatkan 
hidup yang bahagia nih..

oleh kerana zai berminat untuk mengarang cerita zai sertakan sedikit
luahan melalui cerita yang zai sampaikan secara berepisod...
kadang-kadang cerita yang zai karang nih ada sedikit kena mengena dengan hidup zai

dalam blog ni jugak zai selitkan video2 kegemaran zai dan sebagainya
sebagai bloger zai selalu nak kan terbaik dalam penulisan blog zai
terlalu banyak kelemahan dalam ber"blogging" ni
sekadar satu hiburan bukan untuk peperangan gan kawan2 ok...




Wednesday, January 19, 2011

Tak Mahu Macam Hani



semua mesti akan tanya balik kan nape tajuk ni 
menjadi rntry petan ni, sebenarnya zai tengok cerita Hani semalam
sangan menyentuh hati, uat zai mahu mengeluarkan air mati..
mungkin ramai yang tengok cerita ni juga confirm yang tangkap leleh mesti 
da basah pipi kan...

okey kembali kepada tajuk, Hani dalam cerita ni mengidap barah otak yang
sudah tahap kritikal dan baru sahaja dapat dikesan kerana
sikap keluarga yang mengganggap pening yang Hani alami adalah pening biasa
dan pada suatu hari Hani pengsan dan dibawa ke hospital oleh ibunya,
Hani terpaksa menjalani pebedahan secepat mungkin jika tidak ia akan mengancam nyawanya
dan apabila menjalani pebedahan dia juga akan menjadi buta...takutkan kalau jadi kat diri kita..
nak tahu cerita selanutnya sila lar tengok k kar tv3 kul 9 mlm hari selasa..

okey tentang Hani da selesai cuma zai tak mahu jadi macam hani
sakit sikit2 lama2 disimpan jadi teruk macam tu sekali
sekarang nak cerita tentang sejarah hidup zai pulak
dulu zai masa kecik-kecik selalu sakit, kalau demam melarat-larat
sampai arwah mak n ayah tak tahan nak jaga zai masa sakit,
tapi tu dulu, dan sekarang pun semakin berkurangan tetapi zai dikejutkan 
masa buat medical check up untuk masuk poli tiga tahun yang lepas..

pada mulanya zai buat MC tu kat klinik swasta, masa buat X-ray 
dktor kata dua tiga hari datang balik untuk ambik keputusan MC ni,
dan zai wakilkan anak sedara zai untuk datang ambik result tu but doktor nak zai sendiri datang ambik
macam ada tak kena kan zai da mula pikir yang bukan-bukan
doktar cakap zai ada penyakit berkaitan paru2 dan ada sikit terkena kat jantung
masa tu peh!! tuhan jer yang tahu dalam hati cuma boleh cakap "da nak mati ke aku ni"
rasa sebak pun ada, tpi zai kuatkan akak kat sebelah masa tu
dengar penerangan doktor, n suruh pergi check kat hospital pakar
zai ada sejarah penyakit masa sekolah menengah,
zai kena sakit paru-paru berair, dada selalu lemah dan
menyebabkan demam yang panjang,
bila check kat hospital (masa tu kat mersing) doktor kata tak ada apa-apa
penyakit pun so balik macam biasa tapi bila buat medical check up macam ni
ada pulak penyakit lain.



dan zai pergi hospital pakar, isi borang buat check up sekali lagi,
cucuk sana cucuk sini, akak tengok pun leh tanye sakit ke??..
zai leh gelengkan kepala jer, buat test darah, buat test urin,
uat test kahak, n then bila jumpa doktor kata kena buat CS(ct scan)
sebab belum nampak yang zai sakit apa kurang jelas, so buat temu janji kat HKL
tau2 jer lar hospital kerajaan jenuh nak menunggu,
so tunggu dengan debaran, time tu da masuk poli tapi mintak cuti sbb nak uat bnda ni,
time nak masuk bilik CS tu kena masukkan obat dulu kena cucuk lagi lar,
sebelum nama dipanggil ada mak cik ni kena dulu, mungkin sebab dia da tua
so terjerit-jerit bila nurse nak cucuk n cari nadi dia, zai rasa seram time tu
bila tiba giliran zai dengan slumber zai tengok nurse tu cucuk tangan zai, boleh tahan lar sakit dia
nasib kuat kalau tak da jerit da kot...

bila da dapat keputusan doktor cakap keadaan paru-paru
zai lain sikit daripada orang lain, dia kata mungkin keturunan
atau kesan sakit masa kecik2 dulu, zai tarik nafas lega tapi dia suruh datang lagi
untuk tengok dalam tempoh dua bulan
tapi zai tak pergi...sebab zai rasa zai sihat jer..

nota: kalau korang rasa sakit yang berpanjangan baik cepat-cepat g hospital



Tuesday, January 18, 2011

susahkan??

di petang yang berbahagia ni, zai nak cerita sikit tentang nak tentukan masa depan...

bila pikir nak pecah kepala dibuatnya,urmm..
sama ada untuk ke jalan kebahagian atau kesensaraan...??
mana satu ye tentulah ramai akan pilih kebahagianan kan?
macam tu jugak zai, zai nak bahagia sampai akhir hayat,
kalau boleh tak mahu ada masalah pun
tapi sekarang pun masalah lebih banyak dari benda-benda lain...bikin tension saje!!

tolong lar tunjukan jalan untuk pergi ke arah kebahagian bukan macam hidup sekarang..
zai cuba zai usaha tapi zai sorang tak mampu nak buat semuanya untuk 
kesenangan hidup sendiri..
tapi zai kuat kan jugak
lama-lama zai sorang jugak kan?? hidup berdikari zai mampu okeY!!

selama zai hidup dah banyak menyusakan orang 
dari kecik sampai sekarang tau nak menyusakan orang jer..
kenape ek?? mungkin nak kan perhatian??? or benda lain...
but hati zai selalu merintih menangis sorang-sorang bila masalah datang..
nak tak nak zai kena tempuh juga, zai kena kuat!zai kena berusaha sendiri tanpa 
bantuan orang lain...

sekarang da umur 22 tahun..
bila sambung belajar mungkin dalam 4 tahun paling lama
sekarang ada 9bulan untuk tunggu masuk IPTA
dalam masa 9 bulan zai boleh keje 8 bulan untuk isi masa terluang
tapi keje apa?kat mana?boleh ke zai keje??
itu yang membuatkan dalam dilema arggghhhh!!!
ramai yang nak tolong tapi kenapa hati rasa berat jer, oh tidak mungkin kerana malas ok!!
zai kalau boleh nak keje cari harta tapi persoalannya yang diatas tu...

kalau boleh zai nak berhijrah jauh sikit dari kl..
mungkin JB tempatnya,tapi ramai yang akan pikir lain kan...
ramai mungkin pikir zai keje kat JB sebab Dia??
sebab nak dekat dengan Dia..

but bukan itu sebabnya,zai da nak masuk 5 tahun dduk dengan
keluarga akak, niat hati kalau boleh zai nak cepat-cepat
pilih hidup sendiri tak mahu menyusakan keluarga akak lagi tapi 
zai kena cuba baru ada hasilnya, lagipun kat JB zai banyak sedara, dan 
memudahkan zai untuk balik kekampung untuk menguruskan hal 
Arwah Mak zai...

ok lar tak mahu cerita yang lebih-lebih mungkin pasti ramai
akan pikir lain nanti, zai cuba dan terus mencuba okey...
doakan segala urusan berjalan lancar dan tentukan kebahagian hidup
sendir selagi termampu...amin!!


nota: air mata tak tertahan lagi bila pikir soal ni


Sunday, January 16, 2011

Khurafat

13/01/2011...tarikh dimana sebuah filem ditanyangkan
aku dan kak dayah g serbu wayang...
kitaorang g tengok cerita kat bawah nih!!

banner
( teringat masa uat tugasan Adobe Illustrator kena buat banner)


huhuhu sangat menyeramkan, baru aku nak perlekehkan hasil mamat ni
yang asyik buat cerika pasal lumba haram jer, sekali tukar ar sikit

arahan beliau
Syamsul Yusof


tapi tahniah lar hasil pertama membuat
filem seram yang agak seram jugak lar..
zai suka tengok cerita hantu, tu sebab zai nak sangat pergi tengok
cerita ni. kebetulan kak dayah pun ajak so kita orang on jer..
cuma boleh cakap zai tak suka menjerit bila tengok cerita hantu,
dan zai tak akan tutup mata tapi cerita ni
buat zai sebaliknya...~~seram beb~~

hari khamis filem ni ditayangkan,
kat Time squre juga tempat kami menengoknye..
dengar cerite mamat ni g kat Mid Velley pada hari yang sama
untuk promosi filem ni lar
baru nak bagitau dia yang filem nih best...

okeylar cerita banyak pun tak guna sebab 
korang kena pergi tengok baru masyuk kan...
kat bawah nih ada part2 filem tersebut...





part ni rasa lain jer dalam hati...





mereka suami isteri





part nih sure korang jerit lar..





part nih xde dalam filem..
hehehehe


nota : zai bukan nak perlekehkan filem Malaysia okey, cuma makin hari makin urmmm jer...tapi tidak apa
masa banyak lagi kan....semoga filem kita maju setaraf filem luar negara..amin..



SAHABAT VS CINTA (Ep1)




Sahabat VS Cinta 

kisah ini adalah sebuah kisah tentang seorang gadis yang sangat cantik dan baik hati serta seorang tegas. Gadis ini adalah anak bongsu daripada tiga orang adik beradik dan adik beradik beliau semuanya lelaki. Ibu bapanya sangat sayang akan gadis ini sejak gadis ini di dalam kandungan ibunya sehingga gadis ini dilahirkan, begitu juga dengan adik beradik yang lain pendek kata keluarga gadis ini sangat bahagia..

Gadis ini diberi nama Dania Nurdanisya oleh ibu dan ayahnya, dalam ahli keluarga gadis ini dipanggis Nia tetapi dalam pergaulan bersama rakan-rakan beliau lebih dikenali sebagai Nisya. Dania Nurdanisya yang bermaksud Hampir cahaya kebijaksanaan membawa erti yang sangat mendalam dalam hidup gadis ini. Dania adalah sesuatu cahaya yang sangat menyerlah dalam keluarga ini, selain kedua-dua abangnya.

Abang sulung Dania ialah Farid yang bekerja sebagai pensyarah di salah sebuah IPTA di Malaysia, berumur 26 tahun dan sudah berumahtangga dengan seorang perempuan yang sebaya dengannya, manakala abang kedua Dania iaitu Firdaus berumur 22 tahun pula masih menuntut di salah sebuah Universiti terkenal diluar Negara. Dania pula baru berumur 17 tahun dan masih bersekolah di Sekolah Menengah yang hampir dengan rumahnya. Walaupun jarak umur mereka sangat berbeza namun hubungan mereka sangant rapat.

Ibu Dania adalah seorang suri rumah tangga sepenuh masa, manakala Ayahnya pula adalah Guru besar di sekolah rendah tempat Dania mula-mula menjejak kakinya di alam persekolahan. Ibu dan ayahnya sudah hampir 35 tahun bersama dan masih sayang-menyanyangi antara satu sama lain dan ini punca kebahagian keluarga mereka. 

Dania mempunyai ramai kenalan rapat dalam sekolahnya, ini tidak perlu dinafikan lagi, oleh kerana mulut Dania sentisa bercakap menjadikan beliau sentiasa disenangi oleh ramai orang termasuk lah guru-guru disekolah itu. Ramai guru mengenali Dania, Dania juga mempunyai ramai peminat kerana dia adalah gadis yang sangat cantik serta sangat aktif dalam apa bidang di dalam sekolahnya. Pendek kata Dania sangat terkenal di Sekolahnya itu.

Dania mempunyai seorang sahabat karib iaitu Auni, apa-apa sahaja masalah yang Dania atau Auni hadapi mereka saling tolong-menolong menyelesaikan masalah tersebut dan mereka telah berjanji untuk pertahankan persahabatan mereka sampai ke akhir hayat. Mereka menjadi rapat sejak dari sekolah rendah lagi. Rumah Auni juga tidak jauh dari rumah Dania. Selain Auni, Dania mempunyai teman rapat kedua iaitu Amir Asyraf. Dania dan Asraf adalah sahabat Dania sejak tingkatan 1 lagi, Asyraf yang gemar menyakat Dania bila mereka berjumpa menyebabakan mereka lebih rapat, tetapi di dalam diam-diam Asyraf menyimpan satu perasaan cinta terhadap Dania tetapi beliau lebih gemar pendam perasaan tersebut daripada berterus terang. Asyraf bersikap begitu kerana mereka bertiga telah berjanji untuk menjadi sahabat sampai ke akhir hayat. 

Tahun ini Dania, Auni dan Asyraf akan menduduki peperiksaan SPM, mereka saling bekerjasama dalam mengulangkaji pelajaran. Hampir setiap masa mereka akan bertemu di Perpustakaan untuk mengulangkaji pelajaran. Di dalam sekolah mereka, tiga pelajar ini sering menjadi pelajar contoh dalam sekolah mereka. Paling menyerlah ialah Asyraf selaku ketua pengawas sekolah sejak tingkatan 3 lagi. tetapi mereka sedikit pun tidak berbangga dan sombong diatas kelebihan yang mereka ada. 

Tinggal lebih kurang dua minggu lagi mereka akan menjalani peperiksaan. Masing-masing berdebar-debar menantikan hari tersebut. "Auni diam tak diam lagi dua minggu kita da nak SPM kan??makin dekat makin seriau lar jantung aku ni" luah Dania sambil menggosok-gosok dadanya. " ye tak ye jugak kan, ala tak kan takut kot, ko kan budak pandai mesti boleh jawab punya kan??" Jawab Auni selamber. "itu aku tak pasti sama ada aku boleh jawab atau tidak ko tengok je lar keputusan percubaan aku tu, macam tak de harapan je nak lepas semua A".Walaupun mereka adalah dikalagan pelajar pintar disekolah namun kurang keyakinan sering menjadi masalah mereka." Tu baru percubaan belum yang sebenar, aku yakin kita boleh buat kan, apa yang penting capai target untuk dapatkan semua A okey!!". Auni memujuk Dania untuk kuat kan semangat.

Mereka bangun dan melangkah ke pintu pagar sekolah untuk pulang kerumah, oleh kerana rumah mereka tidak jauh dari sekolah maka mereka mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja ketika pergi dan pulang dari sekolah. Sedang mereka berjalan berdua,

Tiba-tiba......


-->bersambung...


cerita ini di hasilkan sendiri oleh tuan punya blog, hanya sekadar suka-suka dan tidak ada kena mengena kepada sesiapa yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia



Tuesday, January 11, 2011

Corat- Coret AJL ke 25

mesti ramai lagi 
yang sedang memperkatakan serta ada yang 
mempertikaikan keputusan AJL yang ke 25 kan...
yang pasti AJL sudah pun berlalu 3 hari yang lepas dan keputusannya 
amat mengejutkan....tapi siapalah kita untuk menilainya..

peluang harus dikreditkan kepada pemenang..
yang kalah tu tidak bermakna tidak bagus cuma hasilnya kurang menyerlahkan...
tetapi semua nya MANTAP pada malam tersebut...
dan ini dia keputannya...

Pemenang Utama :

Ana Rafali(tolong ingatkan aku)

Kedua:

Black feat MUH(drama king)

Ketiga & vokal terbaik:

Hafiz(Noktah Cinta)

Persembahan Terbaik:

Faizal Tahir(Hanyut)


dak disini ada sedikit corat-coret AJL yang ke 25


1. Tiket untuk menyaksikan AJL 25 mendapat permintaan yang tinggi daripada peminat. Habis semua tiket diedarkan kepada mereka, akibatnya suasana di dalam stadium jadi padat dan penuh. Sampaikan tak cukup tempat duduk dan ada yang peminat yang tidak dibenarkan masuk.

2. Terlalu banyak elemen drama ditampilkan dalam persembahan AJL 25. Menjadikan segelintir penonton di stadium dan di rumah berasa rimas. Lagipun AKJL 25 adalah pertandingan lagu bukannya drama.

3. Disebabkan terlalu banyak elemen drama, ada suara nakal yang melabelkan AJL 25 sebagai program realiti Pilih Kasih di RTM.

4. Ramai yang mengutuk serta mengkritik lontaran vokal si pembaca puisi dalam persembahan Shahir kerana bunyinya sangat teruk. Namun, akhirnya penonton yang berasa terkejut kerana si pembaca puisi itu adalah Nasha Aziz. OMG!

5. Lontaran vokal yang lemah daripada Nasha Aziz menerusi bacaan puisinya itu turut mendapat perhatian beberapa selebriti yang sibuk bertwitter pada malam itu. Antaranya ialah Erma Fatima yang menyifatkan ia sebagai sesuatu yang memalukan.

6. Aktres Nasha Aziz bukan saja membuat kejutan menerusi lontaran vokalnya yang lemah tetapi juga tamparan yang betul-betul diberikannya kepada Shahir di penghujung lagu Kebahagian Dalam Perpisahan. Ouch!! Pasti masih terasa kesan sakitnyakan Shahir?

7. Walaupun dibantu oleh aktres dan model, Nasha Aziz dengan menyuntik elemen drama, namun persembahan Shahir adalah yang paling membosankan pada malam tu.

8. Penampilan pertama Hafiz dengan stail ala Herman Tino apabila meletakkan selendang di lehernya telah menjadi bahan lawak di kalangan penonton.

9. Begitupun, ramai yang terkejut apabila melihat letupan pada Hafiz selepas dia menyanyikan setengah lagu daripada Noktah Cinta. Dan Hafiz kemudian tiba-tiba rebah seperti orang yang sudah mati. Rupanya ia hanyalah sekadar gimik dan gimik itu pula cukup menjadi! Well done, Hafiz...

10. Sama seperti Faizal Tahir pada AJL yang sebelumnya, Hafiz juga tampil dengan baju yang kedua selepas hidup semula daripada letupan tersebut. Namun, baju yang dipakainya macam baju ala-ala pengantin.

11. Faizal Tahir pula membawa ramai wajah-wajah pelakon popular seperti Datuk Aziz Sattar, Nor Khiriah, Fatimah Abu Bakar dan anaknya sewaktu menyampaikan lagu Selamat Malam. Nampak sweet but penonton dah tak sanggup tengok persembahan yang mempunyai elemen drama lagi. Its too much.

12. Pun begitu elemen drama yang ditampilkan Faizal Tahir menerusi lagu Hanyut pula tekah memberikan satu persepsi yang berbeza terhadap khalayak penonton. Apa tidaknya, aksinya menyanyi di atas pentas yang tinggi dan kemudian menjatuhkan dirinya ke bawah membuat ramai terkejut. Where is Faizal?

13. Panik! Yes, penonton panik seketika. Tak lama kemudian, silhouette (bayangan) Faizal Tahir menari di dalam air dengan berkaca mata hitam kelihatan di bawah pentas tersebut. Wow, sangat stailo. Sangat international. Ramai yang terpegun! Itulah kemuncak yang paling hebat dalam AJL 25.

14. Ana Rafali juga mahu mencipta kejutan dengan elemen dramanya. Namun, ramai yang mengumpamakan persembahannya seperti sarkis. Kesian Ana....

15. Tidak cukup dengan itu, Ana Rafalli juga menjadi mangsa kemarahan ramai penonton apabila lagunya Tolong Ingatkan Aku dinobatkan sebagai juara AJL 25. Bukan lagu itu tidak bagus tetapi ia dianggap tidak layak menang sebagai juara.

16. Penonton di stadium terus pulang berduyun-duyun sebaik saja lagu lagu ciptaan Ana Raffali ini diumumkan sebagai pemenang.

17. Disebabkan tidak puas hati dengan kemenangan lagu Ana Raffali tersebut, sebahagian peminat seni telah mewujudkan page: Kami Tidak beretuju Dengan Kemenangan Ana Raffali

18. Penyokong Ana Raffali bagaimanapun tidak berdiam diri, mereka wujudkan pula page: Kami Menentang Page Kami Tidak Bersetuju Dengan Kemenangan Ana na Raffali. Tidak lama kemudian wujud pula page: Kami Bersetuju Ana Raffali Menang AJL 25

19. Bukan hanya setakat peminat seni, rata-rata wartawan hiburan juga nampaknya tidak bersetuju dengan pemilihan lagu tersebut sebagai juara AJL Tidak ramailah mengapa Ketua Juri, M Nasir telah diasak dengan pelbagai soalan. Namun, alasannya yang diberikannya sungguh tidak konkrit.

20. Selaku seorang yang berpengetahuan luas dalam bidang muzik serta digelar sifu muzik, peminat seni juga tidak mengerti mengapa M Nasir mampu membuat pemilihan yang sebegitu. Hinggakan sampai pada satu tahap, ada yang melabelnya sebagai seorang yang pekak muzik.

21. Ramai yang bosan dengan lawak yang dilakukan oleh tiga pengacara gandingan AJL 25 pada malam itu iaitu ally Iskandar, Cheryl Samad dan Faizal Ismail. Lawak mereka bukan saja tidak dapat difahami tetapi juga dianggap lapuk.

22. Biduanita negara, Dato Sharifah Aini berjaya kembalikan nostagila menerusi lagu-lagu hitsnya. Dia yang sudah pulang selepas menunaikan haji di Mekah kelihatan cukup manis berjilbab merah yang sedondon dengan warna bajunya.


23. Kemunculan Ziana Zain pada malam itu cukup menarik dan penuh dengan karisma. Malah, dia sempat menuding jari telunjuknya ke arah salah seorang peminat setinay yang juga digelar Ziana Zain kedua.

24. Penyanyi nombor satu negara, Dato Siti Nurhaliza menjadi artis undangan terakhir yang menutup tirai persembahan AJL 25. Ramai yang cakao Siti pukul habis semua persembahan pada malam itu.


25. Kemunculan Siti yang hanya berselendang di bahagian belakang rambutnya juga turut menjadi bualan.

26. Buat pertama kalinya Siti telah memakai baju rekaan Wanpa di majlis anugerah AJL 25. Baju yang menggunakan material kain lycra itu disiapkan hanya dalam tempoh 2 hari. Sebelum ini, Siti sering menggunakan khidmat Rizman Khuzaimi.


27. Disebabkan terlalu banyak elemen drama yang diselitkan dalam beberapa persembahan finalis, ada yang meramalkan Black akan membawa Datin Sofea Jane di atas pentas sewaktu dia membawakan lagu solonya yang judulnya menggunakan nama aktres berkaliber tersebut. Mujurlah dia tidak melakukannya...

28. Sebanyak 10 klip video Tiru Gaya Artis yang memenangi persembahan AJL telah diadakan. Alif & The Gang telah diumumkan sebagai pemenang apabila meniru gaya dan aksi Misha Omar dengan begitu baik sewaktu membawakan lagu Pulangkan. Lepas ini, susahlah Misha Omar nak carik makan.

29. Terlalu banyak military jaket digunakan oleh finalis lelaki di dalam persembahan AJL 25. Boringggg....

30. Salah seorang finalis lelaki yang mengenakan militari jaket ini adalah Tomok. Namun, Tomok yang tampil dengan imej dan penampilan ala-ala artis K-Pop telah membuktikan yang dia seorang yang versatile dan hebat apabila menari.





KURAFAT next day

Hari Khamis nih saya nak g nonton KURAFAT...
harap-harap ianya tidak membazirkan duit saya amin...


Yuna the Best!!


Gadis Suasa...


Oh begini rasanya cinta
Bila diagung-agungkan kuasanya
Dan aku begitu naif untuk dirimu
Kerna usia

Oh sekarang bukannya masa
Untuk kau ungkit lagi salah siapa
Dan engkau terlalu ego untuk diriku
Kau memang begitu

Korus
Bukalah mata oh
Yang selama ini kau pejamkan
Dan lihatlah diriku
Buanglah buanglah
Buang curiga yang telah lama kau simpan
Yang mungkin memudaratkan mu
Aku memang begitu
Tetap seperti dahulu
Terlalu menyanyangi diri mu
Kau mahukan gadis semasa
Yang bisa memberikan kau segalanya
Dan engkau tak mampu melihat
Apa yang ada di depanmu
Kau mahukan perubahan dunia
Tetapi pada aku kau sama saja
Dan engkau terlalu ego untuk diriku
Kau memang begitu
Ulang Korus 2x
Aku memang begitu
Tetap seperti dahulu
Terlalu menyayangi dirimu
Oh aku memang begitu
Tetap seperti dahulu
Terlalu menyayangi diri
Terlalu menyayangi diri
Terlalu menyayangi dirimu

Boikot Sony Ericsson!!

tension!!!
arggggHHHH.....seakan mahu menjerit,
ok2 dont ngamuk2 lagi okey...bawak2 bersabar...hp tak penting pon..
arhhhHHHgggg!!!!grgrgrgrgrgrgggggggggrrrrr!!!

dua kali beli hp asyik jahanam jer,guna bukan teruk mne pun,
sentiasa ambik langkah berjaga...
arggg baru jer beli x sampai setahun....
nampaknye saya terpakse boikot Sony Ericsson okey!!

maaf yer, saya terpakse boitkot SE sebb2 diatas...





Sunday, January 9, 2011

"Saya Blogger JOHOR"

ASALAMUALAIKUM DAN SALAM SATU MALAYSIA...

wah gitu! da macam nak baca berita jer kan...
bukan okey kat sini saya cuma ingin  menjoin kan diri dengan anjuran oleh 
Blog Pilihan Malaysia...sape2 nak join bleh klik kat >> sini<<
rasanye da lama benda nih kan, but saya da terlambat mahu join jugak okey...

okey tanpe melengah lagi saya 
nak perkenalkan diri dahulu


Nama anda 
my full name is : Zaidatul Aini Mohamad(cik zai)

Status anda
masih belum berkahwen okey...

Cara hubungi
boleh hubungi dengan 
facebook
formspring
  ym..

email semua sama:
\/
aini89a@yahoo.com

Daerah/Jajahan 
tempat kelahiran saya ialah MERSING...
tapi sekrang saya menetap di Kuala Lumpur..
dan mungkin akan menetap kembali di JB

Tempat tinggal 
sekarang menetap di kuala lumpur
kalau dulu saya tinggal Di Daerah Mersing,
dan kampung halaman saya ialah Kampung Sri Pantai

Apa yang menarik di tempat anda 

Di daerah mersing sangat terkenal dengan keindahan pantai yang sangat permai
sangat bersih,cantik dan tenang
salah satunya tempat yang ramai pengunjung ialah 


AIR PAPAN


tempat nih, sangat mendamaikan..


pandai ni sangat menengkan..
pernah buat rmbongan gan kelas...


satu-satunya tempat yang ada sawah padi...


BANDAR MERSING


bandar yang semakin hari-semakin sibuk
dengan pelancong asing


nama bandar MERSING yang terletak di atas bukit yang 
tinggi boleh dilihat dengan jarak yang jauh


bandar yang dikelilingi sungai dan banyak 
bot2 nelayan kelihatan 
dan sangat mendamaikan


kawasan tarikan pelancong
tak salah tempat ni adalah kawasan jeti mersing
yang dimana tempat perhentian feri2 yang
mengambil pelancong untuk melancong ke pulau2 yang berhampiran
di Negeri Johor


kat Mersing ni kalau belah pekan ramai orang Terengganu 
aktiviti harian mereka ialah
menjual,membuat, Keropok Lekur dan pelbagai
keropok yang sangat sedap..
banyak yang berjinak2 dengan IKS...
kalau turus Mersing tak sah kalu tak beli keropok lekor buatan orang
terengganu asli..



sedap nyer.....!!


okey last sekali jom2 kita g round Mersing
Kampungku SyurgaKu





Friday, January 7, 2011

50 Blogger dipelukan!!

kredit utk ma friend miss yayart 
kerana menge"tag sekali lagi kepada saya
mengenai tajuk entry yang dianjurkan oleh
persoalannye....boleh saya nak join lagi ke???
rasa macam da tak bley jer....hahahha
but nak join jgak... :-P


3 antara sebab saya menulis blog dan
untuk ape saya menyertai anjuran ini ialah

pertama:

kerana saya suka bercerita dan kemudahan ini 
membolehkan saya bercerita tentang kehidupan saya 
dan oleh kerana ini apa yang terbuku dihati dapat saya 
lepaskan ke dalam blog kesayangan saya nih...

kedua:

menjadi diari kedua saya 
sebagai bahan rujukan berjenis eletronik
membolehkan saya berkenalan dengan ramai 
manusia yang pelbagai ragam dan peragai...

ketiga:

untuk meminta atau memberikan pendapat
kepada semua mengenai kehidupan saya 
yang sering dtimapa masalah seta mengisi masa lapang dengan aktiviti sebegini..

ok tu jer sebab saya membina satu blog mengenai
kehidupan saya, jika ada sebarang kelemahan sila beri tahu saya
dan saya akan perbaiki kelemahan itu...sekian terima kasih!!

sepe2 nak join click je kat sini k...





Thursday, January 6, 2011

KALAU MAMPU...saya nak yg ni!!

my lappy da nak sakit teruk lar
macamne nih!! insyallah kalau dapt sambung belajar lagi
ingat nak tukar..but duit nih...ish!!

da ushar2 da kat web lappy sedunia
yang zai g tengok sony vaio gan dell..
antaranya kat bawah ni...


harga :RM 2,199.00

yang ni warna jer cantik..


harga: RM 2,699.00





yang ni Dell punyer...

satu jer yang aku berkenan 
harga dia :RM 3,399

note:  kumpul duit rajin2 yer!!

Segmen Insan Tersayang..

okey di pagi yang mulia ini
sangat sesuai lar kalau zai nak nak join segmen yang dianjurkan oleh 
tuan punye blog Pilihan Hati iaitu Al-Hakim 
sebelum itu zai nak ucapkan TQ kat cik Yayart kerana menge"taG" segmen ni..

tajuk yang zai sangat suka untuk menceritakanya...
kat bawah ni ada banner yang telah dilinkkan ke page sagmen tersebut 
jika anda berminat untuk menyertainya..

cantik banner nikan??

pertamanya sekali orang yang zai sayang sampai bila-bila yang
tak akan terpadam dalam hati zai nih
iaitu 

My Mother (arwah)
NaMA : ZABEDAH BINTI MOHAMED
d.o.b : 31/10/1951
tak dapat siarkan gambarnya sebab 
da masuk 11tahun emak meninggalkan dunia
akibat kenser
dia adalah ibu yang terBAIK bagi hidup saya walaupun
hanya sementara dapat rasa kasih sayang dia
ucapan: "emak i love u very much walaupun mak da takda hati mak
 tetap dalam hati along untuk selama-lamanya"

kedua orang yang paling saya sayang ialah

My Father (arwah)
Nama: HAJI MOHAMAD BIN ABDULLAH
d.o.b : 04/08/1932
sama macam emak saya 
da masuk 5 tahun dia pergi 
akibat serangan jantung dan penyakit lain
dia adalah cahaya saya, orang yang paling kuat kat dunia ni,
paling penyayang,dan paling ambik berat pasal anak-anak dia
ucapan : "Abah u only one in my heart, satu2nya abah yang along ada dalam dunia ni
tapi tak lama kan but tak semestinya trus tiada, abah tetap dalam hati along selamanya I love U!!"

ketiga For My LittleSis
Nama : ZAIDATUL AZIA BINTI HAJI MOHAMAD
d.o.b : tak ingat
juga arwah...tak sempat hidup lama 
dah dipanggil Ilahi oleh sebab penyakit jantung...
 ucapan:  "adik @ angah...lebih meriah kalau ko ada dalam hidup ni,
but semogo kau dicucuri rahmat okey...
love u!!"


keempat juga my aDik
Nama: ZAIDATUL AZAWEAH BINTI HAJI MOHAMAD
d.o.b: 1/04/1996
ucapan: dah form 3 da ko kan, belajar rajin2 capai target PMR tahun ni,
jangan banyak main jer, ingat janji along k 9A okey!!
kalau tak dapat hadiah yang along nak bagi akan hangus secara tak sengaja!!
aku sayang ko adik oi, aku paling tak suka tengok ko kena marah selalu,belajar
kuatkan diri tu sikit, duk sekolah tu jangan lar tau nak bercinta jer kalau boleh hindarkan..
jangan jadi macam along k, lebih berjaya dari along takpe..."

dan yang terakhir adalah diri saya sendiri...



Nama : ZAIDATUL AINI BINTI HAJI MOHAMAD
d.o.b: 29/09/1989

ucapan: "zai ko sangat kuatkan ??ofcoz lar aku kuat kan,tabah! aku harap kau kuat sampai akhir hayat ko
jangan cengeng sangat, kuat sikit kej or belajar jangan hampakan mereka yang kat atas ni k.."


untuk orang-orang kat atas ni korang lah kekuatan Aku!!
satu-satu hilang tapi tetap tak akan hilang dalam hati ni,
dijamin sampai mati!!
hanya adik yang zai ada sekarang semoga tuhan jadikan adik peneman along k...
yang pergi tetap pergi, mungkin mereka melihat zai kat sini..
LOVE U ALL!!





Tuesday, January 4, 2011

KEJE vs SAMBUNG BELAJAR

oh aku dalam delima sekarang...
kenapa ianya terjadi?
dek kerana batasan masa mungkin lar...

tu lar sebelum abis belajar tak pikir betul2
sekarang diri sendiri jugak susah
baru tau hidup ni susah kan...

aku dalam delima kembali ke tajuk asalnye ni
antara keje atau sambung belajar 
yang mana satu jadi pilihan ni???
OMG!! susahnya nak pikir dengan waras sekarang ni

kalau belajar mau 3,4 tahun lagi
sedangkan 3 tahun yang lepas pun da tunggang langgang 
macamne ek??
sekarang umur pun da masuk 22tahun
abis belajar da 25 peh!!
da tua tu bla nak kahwen plak kan??(gatal lar ko ni)


bila keje plak tak bersedia lagi nak pikul tanggungjawab
mau keje macamne pun tak confirm lagi
pening kepala wookk..

macamne ek ??
korang help me! bagi pendapat sikit kat bawah ni k...
nak keje or sambung belajar??

Sunday, January 2, 2011

Tentang Kenangan Semalam...

salam persahabatan...
saje taip entry macam ni 
tiba-tiba rasa nak cerita pasal persahabatan 
aku dengan ramai kawan-kawan..

kalau nak taip satu-satu nama kawan-kawan
mungkin tercabot semuat keypad lappy aku ni
but terlalu ramai kan...

cuma nak luahkan apa yang dirasa selama ini...
mungkin kat sini jer yang dapat menteteramkan hati yang penuh persoalan ni

besarkan click pada gambar
masa exam SPM


untuk kawan-kawan aku masa sekolah dulu
yang sekarang still ingat kat aku lagi
korang memang best, korang memang bagus 
korang memang sahabat dunia akhirat...
masa sekolah terlalu banyak kenangan
macam nak masuk sekolah balik jekan..
ingat lagu time aku merajuk ramai yang nak pujuk
time aku gaduh gan someone ramai yang bagi sokongan
time belajar nak exam SPM
g kelas tambahan tak pernah tinggal pun but kadang2 cikgu je malas uat kelas 
sebab ramai yang tak datang
time ambik repeat mate ingat lagi study gan Ckgu Fakrul sampai kul 1pgi
time form 6 pun best 
g sekolah banyak main-main daripada belajar
time belajar semua serius tapi time main semua gelak tak henti-henti
memang lawa masa tu



suatu ketika dulu



untuk kawan-kawan aku yang selama 3 tahun
bersama-sama tempuh pembelajaran kat PSIS


korang memang gampak!
korang jugak memang best
hari-hari aku gelak jer
kadang-kadang ada juga buat aku menangis,
tapi memang best lah korang tak pernah rasa berkawan 
best macam korang 

ingat tak bila kita ponteng g PI
lawak jer kena paksa g PI disebabkan PI sentiasa kosong
tapi selalu jugak kita pergi PI kan...
memeriahkan PI jer...
siap kena ambik kehadiran, datang sebab takut kena merit
patut ke macam tu....lawak jer

ingat lagi ime kelas malam, masa tu yang paling best 
kelas malam tak macam siang sebab masa siang ramai orang tak boleh uat bising
tapi kelas malam tak ramai orang nak menjerit pun boleh
bestkan??

paling sedih bila tamat poli 
semua menangis sakan
ada yang tak pernah menangis pun boleh sentap kan..
beriya-iya air mata keluar
tapi tu semua ikhlas dari hati yang tak mau berpisah
bila dengar jer lagu doa perpisahan...
semua pakat nangis n menceritakan segala kenangan selama 3 tahun bersama




note:dalam percintaan dan persahabatan yang paling penting bagi zai persahabatan, tanpa sahabat hidup zai sunyi sebab sahabat yang mampu membuatkan zai gelak hari-hari, zai tau zai tak sempurna untuk jadi pendengar, penghibur,peneman dan sahabat yang baik untuk korang tapi zai cuba perbaiki kelemahan yang ada...hanya kata maaf zai dapat ungkapkan untuk sahabat zai selama ini..

hadiah untuk korang :



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...