mesti ramai lagi
yang sedang memperkatakan serta ada yang
mempertikaikan keputusan AJL yang ke 25 kan...
yang pasti AJL sudah pun berlalu 3 hari yang lepas dan keputusannya
amat mengejutkan....tapi siapalah kita untuk menilainya..
peluang harus dikreditkan kepada pemenang..
yang kalah tu tidak bermakna tidak bagus cuma hasilnya kurang menyerlahkan...
tetapi semua nya MANTAP pada malam tersebut...
dan ini dia keputannya...
Pemenang Utama :
Ana Rafali(tolong ingatkan aku)
Kedua:
Black feat MUH(drama king)
Ketiga & vokal terbaik:
Hafiz(Noktah Cinta)
Persembahan Terbaik:
Faizal Tahir(Hanyut)
dak disini ada sedikit corat-coret AJL yang ke 25
1. Tiket untuk menyaksikan AJL 25 mendapat permintaan yang tinggi daripada peminat. Habis semua tiket diedarkan kepada mereka, akibatnya suasana di dalam stadium jadi padat dan penuh. Sampaikan tak cukup tempat duduk dan ada yang peminat yang tidak dibenarkan masuk.
2. Terlalu banyak elemen drama ditampilkan dalam persembahan AJL 25. Menjadikan segelintir penonton di stadium dan di rumah berasa rimas. Lagipun AKJL 25 adalah pertandingan lagu bukannya drama.
3. Disebabkan terlalu banyak elemen drama, ada suara nakal yang melabelkan AJL 25 sebagai program realiti Pilih Kasih di RTM.
4. Ramai yang mengutuk serta mengkritik lontaran vokal si pembaca puisi dalam persembahan Shahir kerana bunyinya sangat teruk. Namun, akhirnya penonton yang berasa terkejut kerana si pembaca puisi itu adalah Nasha Aziz. OMG!
5. Lontaran vokal yang lemah daripada Nasha Aziz menerusi bacaan puisinya itu turut mendapat perhatian beberapa selebriti yang sibuk bertwitter pada malam itu. Antaranya ialah Erma Fatima yang menyifatkan ia sebagai sesuatu yang memalukan.
6. Aktres Nasha Aziz bukan saja membuat kejutan menerusi lontaran vokalnya yang lemah tetapi juga tamparan yang betul-betul diberikannya kepada Shahir di penghujung lagu Kebahagian Dalam Perpisahan. Ouch!! Pasti masih terasa kesan sakitnyakan Shahir?
7. Walaupun dibantu oleh aktres dan model, Nasha Aziz dengan menyuntik elemen drama, namun persembahan Shahir adalah yang paling membosankan pada malam tu.
8. Penampilan pertama Hafiz dengan stail ala Herman Tino apabila meletakkan selendang di lehernya telah menjadi bahan lawak di kalangan penonton.
9. Begitupun, ramai yang terkejut apabila melihat letupan pada Hafiz selepas dia menyanyikan setengah lagu daripada Noktah Cinta. Dan Hafiz kemudian tiba-tiba rebah seperti orang yang sudah mati. Rupanya ia hanyalah sekadar gimik dan gimik itu pula cukup menjadi! Well done, Hafiz...
10. Sama seperti Faizal Tahir pada AJL yang sebelumnya, Hafiz juga tampil dengan baju yang kedua selepas hidup semula daripada letupan tersebut. Namun, baju yang dipakainya macam baju ala-ala pengantin.
11. Faizal Tahir pula membawa ramai wajah-wajah pelakon popular seperti Datuk Aziz Sattar, Nor Khiriah, Fatimah Abu Bakar dan anaknya sewaktu menyampaikan lagu Selamat Malam. Nampak sweet but penonton dah tak sanggup tengok persembahan yang mempunyai elemen drama lagi. Its too much.
12. Pun begitu elemen drama yang ditampilkan Faizal Tahir menerusi lagu Hanyut pula tekah memberikan satu persepsi yang berbeza terhadap khalayak penonton. Apa tidaknya, aksinya menyanyi di atas pentas yang tinggi dan kemudian menjatuhkan dirinya ke bawah membuat ramai terkejut. Where is Faizal?
13. Panik! Yes, penonton panik seketika. Tak lama kemudian, silhouette (bayangan) Faizal Tahir menari di dalam air dengan berkaca mata hitam kelihatan di bawah pentas tersebut. Wow, sangat stailo. Sangat international. Ramai yang terpegun! Itulah kemuncak yang paling hebat dalam AJL 25.
14. Ana Rafali juga mahu mencipta kejutan dengan elemen dramanya. Namun, ramai yang mengumpamakan persembahannya seperti sarkis. Kesian Ana....
15. Tidak cukup dengan itu, Ana Rafalli juga menjadi mangsa kemarahan ramai penonton apabila lagunya Tolong Ingatkan Aku dinobatkan sebagai juara AJL 25. Bukan lagu itu tidak bagus tetapi ia dianggap tidak layak menang sebagai juara.
16. Penonton di stadium terus pulang berduyun-duyun sebaik saja lagu lagu ciptaan Ana Raffali ini diumumkan sebagai pemenang.
17. Disebabkan tidak puas hati dengan kemenangan lagu Ana Raffali tersebut, sebahagian peminat seni telah mewujudkan page: Kami Tidak beretuju Dengan Kemenangan Ana Raffali
18. Penyokong Ana Raffali bagaimanapun tidak berdiam diri, mereka wujudkan pula page: Kami Menentang Page Kami Tidak Bersetuju Dengan Kemenangan Ana na Raffali. Tidak lama kemudian wujud pula page: Kami Bersetuju Ana Raffali Menang AJL 25
19. Bukan hanya setakat peminat seni, rata-rata wartawan hiburan juga nampaknya tidak bersetuju dengan pemilihan lagu tersebut sebagai juara AJL Tidak ramailah mengapa Ketua Juri, M Nasir telah diasak dengan pelbagai soalan. Namun, alasannya yang diberikannya sungguh tidak konkrit.
20. Selaku seorang yang berpengetahuan luas dalam bidang muzik serta digelar sifu muzik, peminat seni juga tidak mengerti mengapa M Nasir mampu membuat pemilihan yang sebegitu. Hinggakan sampai pada satu tahap, ada yang melabelnya sebagai seorang yang pekak muzik.
21. Ramai yang bosan dengan lawak yang dilakukan oleh tiga pengacara gandingan AJL 25 pada malam itu iaitu ally Iskandar, Cheryl Samad dan Faizal Ismail. Lawak mereka bukan saja tidak dapat difahami tetapi juga dianggap lapuk.
22. Biduanita negara, Dato Sharifah Aini berjaya kembalikan nostagila menerusi lagu-lagu hitsnya. Dia yang sudah pulang selepas menunaikan haji di Mekah kelihatan cukup manis berjilbab merah yang sedondon dengan warna bajunya.
23. Kemunculan Ziana Zain pada malam itu cukup menarik dan penuh dengan karisma. Malah, dia sempat menuding jari telunjuknya ke arah salah seorang peminat setinay yang juga digelar Ziana Zain kedua.
24. Penyanyi nombor satu negara, Dato Siti Nurhaliza menjadi artis undangan terakhir yang menutup tirai persembahan AJL 25. Ramai yang cakao Siti pukul habis semua persembahan pada malam itu.
25. Kemunculan Siti yang hanya berselendang di bahagian belakang rambutnya juga turut menjadi bualan.
26. Buat pertama kalinya Siti telah memakai baju rekaan Wanpa di majlis anugerah AJL 25. Baju yang menggunakan material kain lycra itu disiapkan hanya dalam tempoh 2 hari. Sebelum ini, Siti sering menggunakan khidmat Rizman Khuzaimi.
27. Disebabkan terlalu banyak elemen drama yang diselitkan dalam beberapa persembahan finalis, ada yang meramalkan Black akan membawa Datin Sofea Jane di atas pentas sewaktu dia membawakan lagu solonya yang judulnya menggunakan nama aktres berkaliber tersebut. Mujurlah dia tidak melakukannya...
28. Sebanyak 10 klip video Tiru Gaya Artis yang memenangi persembahan AJL telah diadakan. Alif & The Gang telah diumumkan sebagai pemenang apabila meniru gaya dan aksi Misha Omar dengan begitu baik sewaktu membawakan lagu Pulangkan. Lepas ini, susahlah Misha Omar nak carik makan.
29. Terlalu banyak military jaket digunakan oleh finalis lelaki di dalam persembahan AJL 25. Boringggg....
30. Salah seorang finalis lelaki yang mengenakan militari jaket ini adalah Tomok. Namun, Tomok yang tampil dengan imej dan penampilan ala-ala artis K-Pop telah membuktikan yang dia seorang yang versatile dan hebat apabila menari.
No comments:
Post a Comment